复材站
工艺与制造英文2016

Penjenamaan RTM : Kajian Radio RTM Sabah

Mahat Jamal
Ask AI about this
期刊 / 来源Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB)
卷/期/页1
原文链接查看原文 ↗

摘要整理

Penjenamaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertujuan untuk menampilkan imej dan pakej baru siaran dan program RTM supaya releven dalam perkembangan dunia penyiaran masa kini. Cabaran yang dihadapi oleh RTM tertumpuh kepada peranan dwifungsi utamanya iaitu tanggungjawab sebagai jabatan kerajaan di samping sebuah organisasi penyiaran yang perlu memenuhi citarasa audiens yang sentiasa berubah. Pelbagai usaha dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman audiens terhadap polisi dan dasar kerajaan disamping sajian hiburan yang sesuai kepaada masyarakat umum. Kertas ini membincangkan penjenamaan semula RTM secara besar-besaran pada 1 April 2005 dan kesannya terhadap pendengar radio di Sabah umumnya dan siaran radio RTM Sabah khususnya (Sabah fm, Sabah V fm, Sandakan fm dan Tawau fm) setelah 5 bulan dilaksanakan. Seramai 500 responden telah ditemuramah menggunakan kaedah borang soal selidik terhadap pendengar radio di Sabah termasuk radio RTM Sabah. Hasil kajian mendapati seramai 436 responden (87.2%) telah mendengar radio di Sabah. Daripada jumlah berkenaan sebanyak 44% responden sedar berlakunya penjenamaan semula radio RTM dengan majoritinya memberi penilaian tinggi terhadap pembaharuan nama saluran (88%) berbanding dengan nama program (42.2%) dan lagu pengenalan (39.3%). Seramai 92.7% responden bersetuju bahawa penjenamaan semula radio RTM dapat menarik minat pendengar untuk mengikuti radio RTM walaupun telah wujud stesen-stesen radio swasta dan munculnya media baru yang memberikan saingan kepada siaran radio RTM Sabah.

相关论文

← 返回论文库整理:复材站编辑部